Cara Kira Progressive Payment

Bayar penuh dulu, bina kemudian - risiko kepada pembeli

Bina dulu, beli kemudian - pemaju tak cukup duit


Progressive Interest Calculator


Jadi untuk lebih adil, caranya adalah dengan membuat pembayaran secara berperingkat mengikut sejauh mana pembangunan telah disiapkan. Contoh - naik satu tingkat, bayar untuk satu tingkat. Siap 5 tingkat, bayar untuk 5 tingkat. Tapi jadual pembayaran berperingkat ini telah ditetapkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui HDA Jadual Ketiga, Fasal 5 dalam Peraturan-peraturan Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) (Pindaan) 2015.




Stage

Perkara

%

1

Sebaik sahaja SPA ditandatangani (aka deposit)

10

2

Dalam tempoh 30 hari selepas pemaju mengeluarkan notis siapnya


  1. Piling, foundation (kerja bawah aras bumi)

  2. Rangka konkrit (reinforced)

  3. Dinding, pintu dan tingkap

  4. Bumbung, siling, wiring, paip, paip gas, kabel berkaitan

  5. Plaster dalaman dan luaran

  6. Sistem kumbahan

  7. Longkang dan perparitan

  8. Jalan



10

15

10

10

10

5

2.5

2.5

3

Pada tarikh dapat kunci (VP) - dengan bekalan air dan elektrik sudah sedia untuk disambung

17.5

4

Pada tarikh VP (dipegang oleh lawyer sehingga selesai proses penyempurnaan geran bersama dokumen hak milik strata)

2.5

5

Pada tarikh VP (dipegang oleh lawyer sehingga 8 bulan selepas VP)

Pada tarikh VP (dipegang oleh lawyer sehingga 24 bulan selepas VP)

2.5

2.5


Untuk bangunan bertingkat tinggi (high-rise)



Sekiranya anda membuat pembiayaan perumahan dengan bank, mereka akan melepaskan pembayaran kepada pemaju mengikut peringkat dalam jadual di atas dan anda perlu membayar progressive interest kepada bank dengan cara kiraan seperti berikut:


(Jumlah duit yang telah dibayar kepada pemaju X Kadar faedah pinjaman ) / 365 hari x hari bulanan


Contohnya, harga rumah yang dibeli adalah RM300,000 dan sudah mencapai peringkat 2(d). Peratusan terkumpul adalah 55%, bersamaan dengan RM165,000 telah diterima oleh pihak pemaju dari bank. Katakanlah kadar faedah anda adalah 4%. Berapa progressive interest yang anda perlu bayar kepada pihak bank pada bulan Julai?


(RM165,000 x 4.0%) / 365 hari x 31 hari (Julai) = RM560.55


Jadi pada bulan Julai anda perlu membayar RM560.55 kepada pihak bank. Katakanlah pada bulan Ogos, pemaju telah siap satu lagi peringkat iaitu 2(e), jumlah peratusan terkumpul sudah bertambah kepada 65%. Gunakan cara kiraan yang sama


65% x RM300,000 = RM195,000

(RM195,000 x 4.0%) / 365 hari x 31 hari (Ogos) = RM662.47


Bulan Julai: RM560.55

Bulan Ogos: RM662.47


dan ke peringkat seterusnya sehinggalah serahan kunci.


Nota: Progressive Payment adalah perkara yang berbeza dengan Progressive Interest