Beza CCRIS vs CTOS

CCRIS


Central Credit Reference Information System, atau Sistem Maklumat Rujukan Kredit


Laporan CCRIS adalah suatu laporan yang menunjukan pembiayaan dan sejarah pembayaraan peminjam dengan institusi kewangan yang berkaitan. Laporan CCRIS tidak menilai status kredit peminjam tetapi hanya memaparkan rekod berkaitan pembiayaan sedia ada peminjam sahaja.



Disediakan oleh Biro Kredit BNM, terdapat banyak maklumat.kredit dari pelbagai syarikat bank dan non-bank (ie: PTPTN), termasuklah

  • Status pembayaran semua pembiayaan kewangan (pinjaman) sama ada tertunggak atau tidak.

  • Akaun yang berada di bawah perhatian khusus yang dipantau rapat oleh institusi kewangan

  • Permohonan pembiayaan kewangan (pinjaman) yang sedang diproses atau duah lulus dalam tempoh 12 bulan



CTOS


CTOS Data Systems SB adalah sebuah agensi (swasta) penilaian kredit (Credit Reporting Credit - CRA) yang juga turut menyediakan laporan kredit dan digunakan secara meluas oleh institusi kewangan di Malaysia.



Antara info yang boleh diperoleh dari laporan kredit CTOS adalah:


  • Rekod CCRIS

  • Litigasi dan kemuflisan

  • Status kes

  • Jawatan pengarah dan pemilikan syarikat



Kedua-dua laporan CCRIS dan CTOS hanya menunjukkan fakta status kewangan dan tidak mempunyai kuasa atau kepentingan untuk blacklist mana-mana pihak. Walau bagaimanapun, dalam laporan CTOS, terdapat satu indikator yang menilai prestasi kredit iaitu skor CTOS antara 300 hingga 850, semakin tinggi skor, semakin bagus prestasi kredit anda.