Cara Check Defect Rumah Baru


ALAT YANG DIPERLUKAN

  1. Tapping rod
  2. Pen dan kertas
  3. Penanda/sticker/masking tape
  4. Tangga
  5. L-square
  6. Spirit level
  7. Testpen
  8. Socket tester

APA PERKARA YANG PERLU DIPERIKSA

  1. Jubin (tile) - untuk lantai, skirting dan dinding

    • Gunakan tapping rod (atau alat alternatif) ketuk atau sapukan pada permukaan jubin. Anda sepatutnya boleh dengar 'bunyi kosong', yang besar kemungkinan terdapat hollowness antara permukaan lantai/dinding dan jubin yang dipasang.

    • Pastikan semua grout (sejenis simen yang diisi diantara jubin) diisi dengan penuh dan kualiti yang konsisten, tiada lubang, atau terlebih dari permukaan.

    • Pastikan permukaan jubin dipasang dengan baik. Bucu satu jubin mesti sama rata dengan bucu jubin di sebelahnya. Tiada perbezaan tinggi rendah (lippage dengan tolerance <1mm), atau bucu yang boleh melukakan tapak kaki kalau terpijak.

  2. Timber floor (SPC/laminated/etc.)
    • Pastikan semua kepingan dipasang rapat, tanpa ada jarak. 

    • Pastikan tiada kepingan yang tertanggal atau terangkat.

  3. Periksa semua bahagian untuk pastikan tiada kecacatan/kerosakan visual seperti pecah, chipping, calar pada panel lantai, pintu, tingkap dan lain-lain. Pastikan tiada crackline - satu garisan retakan, samada halus atau jelas, yang boleh dijumpai di lantai, siling dan dinding, khususnya pada bucu dan bahagian tepi.

  4. Verticality & Alignment 

    • Dinding/lantai - Pastikan tiada ruang (di antara timbang air dan permukaan) melebihi 3 mm untuk setiap 1.2 meter.

    • Bucu (corner) - Pastikan tiada ruang (di antara L-square dan permukaan) melebihi 4mm untuk setiap 300 mm.

    • Gradient lantai (wet area) - pastikan permukaan lantai mempunyai kecerunan yang memadai untuk air mengalir ke arah floor trap. Hanya perlu siram air dan tunggu dalam 30  60 minit. Anda juga boleh gunakan steel ball atau guli.

  5. Keseragaman & konsistensi

    • Finishing

      • Pastikan paintwork dinding/lantai dalam keadaan yang baik. E.g. tona dan warna cat yang sekata. Periksa guna bahagian atas/bawah daun pintu sekiranya terdapat bahagian yang tidak di cat, terutamanya pintu tandas.

      • Stains - Pastikan tiada tinggalan simen atau cat (paint spatter/drip) di atas permukaan lantai/dinding dan lain-lain (pintu, tingkap, etc.)

      • Pastikan tiada serpihan asing (debris) di rail tingkap, floor trap, etc.

      • Pastikan tiada karat pada semua perkara.

    • Pastikan semua panel flooring (tile/timber/etc.) dan wallpaper, menggunakan warna, pattern, shading yang sama untuk keseluruhan bahagian. Contohnya, mungkin ada satu panel SPC yang kelihatan 'off' atau shade yang lebih gelap dari kepingan-kepingan di sekelilingnya dalam ruang yang sama.

    • Pastikan seal tingkap (getah/silikon) dalam kondisi baik, menutupi semua tepian tingkap, tanpa ada lebih atau kurang.

  6. Mekanisme (pintu & tingkap)

    • Senang untuk dikunci/buka kunci tanpa perlu menggunakan tenaga berlebihan.

    • Senang untuk dibuka ditutup tanpa perlu menggunakan tenaga berlebihan.

    • Tiada bunyi squeaky/rattling.

    • Pastikan boleh ditutup dengan kejap, tanpa boleh digoncang dengan kuat apabila ditutup rapat.

    • Untuk pintu yang ada door closer, buka pintu seluas yang boleh, kemudian lepaskan. Pastikan kelajuan pintu tertutup tidak terlalu lambat atau laju (slamming).

  7. M&E Fittings

    • Aircond

      • Pastikan dua-dua indoor unit (aka blower) dan outdoor unit (aka compressor) berfungsi dengan baik dan sejuk.


        Indoor unit
        Outdoor unit


      • Tiada air yang keluar dari indoor/outdoor unit.

      • Tiada bunyi yang pelik (abnormal sound). E.g. humming (indoor unit), rattling (outdoor unit), fan noise (outdoor unit), etc.

    • Elektrikal

      • Pastikan semua switch boleh ditekan dengan mudah tanpa menggunakan tenaga berlebihan.

      • Pastikan semua cable mempunyai aliran elektrik hanya pada wayar hidup (live).

      • Gunakan socket tester untuk menguji socket. DIY tips, gunakan lampu tidur yang boleh dicucuk terus ke dalam socket. Kalau lampu menyala, elok. Kalau lampu tak menyala, defect!


        Plug-in lamp

    • Lain-lain kelengkapan

      • Pastikan semua aksesori/kelengkapan dipasang dengan baik, tidak bergoyang.

      • Pastikan mangkuk tandas boleh di flush dengan sempurna.

      • Pastikan tiada kebocoran pada paip air.

      • Tutup lubang sinki, isi air hingga penuh, kemudian buka semula drain plug. Pastikan trap pipe/bottle tiada kebocoran.

LEPASTU NAK BUAT APA?

Hantar report pada developer, kemudia tunggu dalam 30 hari untuk pemaju baiki semua kerosakan yang dikemukakan.